perlu ke ASB Loan ?

mentaliti orang ramai tentang ASB Loan ,

"buat apa nak buat loan , baik simpan sendiri je . lagi senang tade komitmen ! "


memang sesetengah orang berfikir seperti di atas . tapi pernah tak kita terfikir atau kita memang tak faham apakah kelebihan ASB itu sendiri ?


ASB adalah satu platform untuk kita melabur dengan selamat tidak seperti unit trust atau pelaburan yang lain kerana keuntungan yg diperoleh dari asb lebih tinggi dari yang lain . secara kasarnya dividen dari asb adalah 8% .


cuba kita kira jika kita menyimpan sendiri setiap bulan sebanyak RM58 .


    Sebulan     |    Setahun      |           Dividen 8%            
     RM58      |    RM696      | RM696 x 8% = RM55.68


Dividen yang kita peroleh setelah setahun menyimpan pada SETIAP BULAN ialah RM55.68 .


jika anda membuat ASB Loan , bank akan memberikan modal kepada anda untuk diletak kan di dalam asb anda . contoh :

*rujuk table pembayaran


    Loan  |   Tenure    |   Sebulan Installment   |    Setahun   |    Dividen          
RM10 000   |    25Tahun   |        RM58           |      RM696      | RM10 000 x 8% = RM 800 





perbezaannya SETAHUN anda DAPAT :


              |             sendiri           |         ASB Loan
Simpan   |    RM58 = RM 696  |   RM58 = RM696
Dividen   |        RM55.68          |          RM800          

Jika anda konsisten untuk menyimpan sendiri pada setiap bulan , memang sangat memberi kelebihan pada anda . tapi jika tidak, simpanan anda hanya akan pada tahap itu saja . fikirkan lah .

dengan asb loan , anda menyimpan pada tahun pertama sahaja dan tahun berikut jika tidak mahu menyimpan mnngunakan wang sendiri , anda boleh rolling dividen anda . dan hanya tunggu sehingga tempoh tamat anda mendapat jumlah penuh loan serta dividen! tanpa perlu  bersusah payah menyimpan setiap bulan .